Linux Adalah Distro Pertama untuk USB3.0

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Sistem Operasi | Posted on 15-06-2009

Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel’s Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.

Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.

p/s: Saya berharap USB3.0 akan dimasukkan ke dalam ubuntu 9.10 (Karmic Koala)…

kredit to http://melayubuntu.blogspot.com

Manual pengguna Ubuntu dalam Bahasa Melayu

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Ubuntu | Posted on 04-06-2009

Mungkin anda semua pernah membaca e-majalah ubuntu satu ketika dulu dan pernah membuka blog tentang Ubuntu di dalam Bahasa Melayu http://melayubuntu.blogspot.com/ atau mana -mana blog ubuntu di dalam Bahasa Melayu yang lain. Kini Zulkifli Abdullan (pemilik blog melayubuntu) telah datang dengan manual yang ringkas tapi padat, beserta grafik dan penggunaan Bahasa Melayu yang mudah difahami bagi mereka yang baru (newbie) atau mereka yang ingin menjadikan manual ini sebagai rujukan dan mungkin penerangan kepada mereka-mereka yang pening dan menyampah terhadap serangan virus yang melumpuhkan rangkaian kita baru-baru ini (seperti **Worm_Downad.AD dan Downad.BH) dan ingin mencuba Linux yang mudah, ringan, menghampiri Sistem Operasi Microsoft Windows (pendapat saya) dan bebas daripada virus. Selamat membaca….

Rujukan : http://melayubuntu.blogspot.com/

p/s: Terima kasih pada zul.malc at gmail.com

Dapatkan e-book Ubuntu dalam Bahasa Melayu Disini

Manual Ubuntu