Beza perintah Windows dan Linux

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 31-08-2009

Jika kita sudah biasa menggunakan Windows dan biasa menggunakan perintah Dos dari Windows,tentu sekali kita ada mengalami sedikit kesulitan ketika menggunakan terminal di linux kerana perintah Dos yang selalu kita pakai di Windows adalah berbeza dengan linux walaupun ada beberapa perintah yang sama…baiklah mari kita lihat perbezaan perintah Windows dan Linux.

DOS commands Linux command
/? man
cd cd
chdir pwd
cls clear
copy cp
date date
del rm
dir ls
echo echo
edit vim (or other editor)
exit exit
fc diff
find grep
format mke2fs or mformat
mem free
mkdir mkdir
more more or even less
move mv
ren mv
time date

Sumber : http://www.faqs.org/docs/linux_intro/app2.htm

Kenali Distro Linux

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Sistem Operasi | Posted on 21-04-2009

Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya “Linux” sahaja.

Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS – Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil “distribution” atau “distro” Linux.

Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.
Read the rest of this entry »