Panggilan Untuk Penghantaran Kajian Kes OSS untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 07-05-2009

OSCC MAMPU membuka kepada penghantaran Kajian Kes “Open Source Software” (OSS) untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009. Kajian kes OSS ini terbuka kepada semua Agensi Sektor Awam termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik. Penyampaian anugerah akan diadakan bersempena dengan “MSC Malaysia Open Source Conference 2009”.

MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Anugerah dibahagikan kepada 3 kumpulan :-

Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam selain daripada IPTA dan Politeknik;
Kumpulan 2 : IPTA & Politeknik; dan
Kumpulan 3 : Pelajar IPTA & Politeknik.

Penghantaran kajian kes OSS amat dialu-alukan untuk tujuan perkongsian ilmu. Diminta agar tidak menyerahkan semula kajian kes OSS yang telah
dibuat pada tahun 2008. Kajian kes OSS terbaik juga layak untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009 peringkat akhir yang akan
diadakan bersempena dengan MyGOSSCON 2009 pada November 2009.

Sila hantar pertanyaan dan kajian kes ke casestudy@oscc.org.my. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 8 May 2009 dan
boleh dilanjutkan atas permintaan.Maklumat lanjut dan syarat-syarat boleh dirujuk di
laman web http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/panggilan-kajian-kes-oss-2009

Harisfazillah Jamel

R&D Team Lead
Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU
Lot E302-E304, Enterprise Building 3,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206
Mobile : 019-6085482

http://opensource.mampu.gov.my/

email : haris@oscc.org.my linuxmalaysia@gmail.com

http://blog.harisfazillah.info/