Beza perintah Windows dan Linux

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 31-08-2009

Jika kita sudah biasa menggunakan Windows dan biasa menggunakan perintah Dos dari Windows,tentu sekali kita ada mengalami sedikit kesulitan ketika menggunakan terminal di linux kerana perintah Dos yang selalu kita pakai di Windows adalah berbeza dengan linux walaupun ada beberapa perintah yang sama…baiklah mari kita lihat perbezaan perintah Windows dan Linux.

DOS commands Linux command
/? man
cd cd
chdir pwd
cls clear
copy cp
date date
del rm
dir ls
echo echo
edit vim (or other editor)
exit exit
fc diff
find grep
format mke2fs or mformat
mem free
mkdir mkdir
more more or even less
move mv
ren mv
time date

Sumber : http://www.faqs.org/docs/linux_intro/app2.htm

Yang Menarik MSC Tentang Malaysia Open Source Conference 2009

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 25-05-2009

Yang Menarik MSC Tentang Malaysia Open Source Conference 2009

Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009
Masa   : 9 Pagi hingga 5 Petang

Tempat :-

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web : http://www.mscmalaysia.my/osconf

MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@mdec.com.my

Laman Peminat Di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/
MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 mengumpulkan hampir 87 orang
penceramah dalam dan luar negeri yang meliputi pelbagai tajuk dalam
dunia teknologi dan sistem maklumat (ICT). Tumpuan adalah diberikan
kepada Open Source Software (OSS). OSS merupakan satu pilihan dalam
penyelesaian ICT yang perlu diambil serius oleh pelbagai pihak di
Malaysia.

Penceramah-penceramah dari syarikat-syarikat besar seperti Google,
RedHat, Novell, Microsoft, SUN, MIMOS, Canonical dan pelbagai lagi
akan kongsikan pengalaman dan ilmu untuk perkembangan OSS di Malaysia.
Mengapa tidak anda?

Persidangan ini turut mengumpulkan penceramah-penceramah yang membina
sendiri perisian mereka dengan OSS. Bagi anda yang ingin mengetahui
lebih lanjut tentang Pyhton, Perl, Java dan pelbagai lagi ini
merupakan tempat dikumpulkan kumpulan pakar ini.

Persidangan ini turut menyediakan penceramah yang meliputi bidang
sokongan kepada pembinaan perisian seperti keselamatan ICT dan infra
sokongan seperti sistem cluster dan DNS.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi
http://www.mscmalaysia.my/osconf

Semua diatas adalah dengan bayaran penyertaan yang teramat murah bagi
persidangan sebesar ini. 4 hari penuh acara dalam 3 bahagian serentak
dan satu hari percuma untuk semua, adalah pada Hari Hackathon. Makan
dan minum turut disediakan.

Pendaftaran persidangan keseluruhan masih dibuka sehingga 1 Jun 2009.
Pendaftaran awal membolehkan anda mendapatkan pelbagai barangan
cenderamata yang stok adalah terhad.

*** Masuk Percuma Hari Hackathon ***

Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009
merupakan hari dikumpulkan semua komuniti-komuniti OSS Malaysia. Hari
Hackathon pada Ahad. 31 Mei 2009 merupakan acara permulaan kepada
persidangan ini. Berlangsung di tempat yang sama, Tkt 14, Berjaya Time
Square. dan masuk adalah percuma untuk semua. Maka datanglah beramai-
ramai.

Kepada anda yang tidak dapat hadir sepenuhnya hari persidangan, ambil
peluang Hari Hackathon untuk bertemu dengan para penceramah-penceramah
luar negeri yang tiba lebih awal. Berkenalan dengan penceramah dari
PCBSD, Google, Ubuntu, Novell dan ramai lagi.

Ambil peluang untuk belajar dan mengetahui banyak perkara kerana Hari
Hackathon menyediakan pelbagai acara serentak. Antaranya :-

Kelas pembangunan perisian dalam OSS, oleh ketua projek Adempire ERP.
Menarik untuk anda yang berminat untuk menyumbang dalam dunia OSS atau
kepada syarikat-syarikat yang mahu mempelajari pembangunan cara OSS
yang kini menjadi "trend" banyak syarikat-syarikat ICT. Anda juga
boleh menangi pakej ke mana-mana dalam dunia bagi yang menyertai
pertandingan yang dianjurkan oleh Adempire ERP. Datang sertai untuk
mengetahui dan menyertai.

Bagi yang ingin mencuba Sistem Operasi dalam OSS seperti Linux, BSD
dan OpenSolaris, sebuah dewan besar disediakan untuk Installfest.
Pelbagai pilihan Linux disediakan seperti Ubuntu, Fedora dan OpenSuse.
Ini termasuk sistem operasi seperti PCBSD dan OpenSolaris. Jangan
terkejut, kerana semua sistem operasi ini mula menguasai pasaran
komputer seluruh dunia.

Bagi yang menghadapi masalah dalam penggunaan Linux seperti Ubuntu,
Open Suse dan Fedora, dan juga PCBSD, bawa komputer anda dan berjumpa
dengan kumpulan pakar dalam komuniti dan semuanya adalah percuma.

Bila lagi, setahun sekali ini komuniti-komuniti Linux dan OSS
berkumpul.

Ubuntu turut mengadakan Ubuntu Release Party sempena keluaran Ubuntu
versi 9.04 pada malam hari Hackathon. Jemput hadir.

Hari Hackathon turut menjadi hari akhir bagi pertandingan LAMP2WIN.
Pertandingan yang mempamerkan kemahiran perserta dalam PHP untuk
membolehkan aplikasi PHP menggunakan Microsoft MSSQL. Undi kumpulan
yang anda minat, tanya mereka apa yang anda ingin tahu. Yang penting
pastikan semuanya menjadi OSS. Kehadiran anda adalah penting.

Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi web tentulah soal
keselamatan adalah keutamaan anda. Server kena crack? Server kena
tukar halaman depan, server menghantar email spam semua itu adalah
masalah keselamatan. Hari Hackathon menyediakan satu dewan khusus
untuk anda bertemu dengan pakar keselamatan dari MyCERT,
Cybersecurity. Bawa komputer riba anda dan belajar daripada mereka apa
yang anda perlu tahu, Percuma.

Redhat turut menyumbang dengan mengadakan satu acara sehari yang
merangkumi pelbagai topik bagi anda yang berminat dengan Fedora. Untuk
makluman, topik-topik ini tidak hanya khusus untuk Linux Fedora malah
ia boleh disesuaikan Ubuntu, Open Suse dan Linux yang lain, malah
PCBSD dan OpenSolaris juga.

Bagi mempelbagaikan lagi Hari Hackathon, Jobstreet turut membuka ruang
pendaftaran, penerangan dan bengkel. Daftar untuk mencari pekerjaan
yang lebih baik yang mungkin anda tidak ketahui. Maka apa lagi, dalam
ekonomi yang lesu ini masih ada peluang dalam pasaran pekerjaan.

Semuanya percuma pada Hari Hackathon kecuali makan minum anda perlu
beli sendiri.  :)   Makanan dan minuman ringan hanya disediakan kepada
peserta berdaftar penuh sepanjang hari-hari persidangan.

Acara kemuncak bagi MSC Malaysia Open Source Conference 2009 adalah
perasmian "Open Source Developers Club" di Malaysia atau ringkasnya
OSDC.my. Ia akan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dan ia merupakan
satu permulaan kepada satu usaha membangunkan industri pembangunan
perisian Malaysia dalam OSS. Jika sebelum ini kita hanya pengguna,
sudah sampai masa untuk menjadi penyumbang.

Buktikan kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell
dan pelbagai lagi. Malaysia Boleh !!!

Secara ringkasnya Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009
ini jangan dilepaskan oleh sesiapa. Sama ada pengguna atau peminat OSS
atau tidak ia adalah ruang ilmu untuk meningkatkan lagi kemampuan
rakyat Malaysia dalam bidang ICT. Kita boleh buktikan kita mampu dan
boleh.

Tiada alasan untuk tidak hadir kerana tiada ada lagi persidangan
seperti ini.

Lain-lain rujukan

Portal Sokongan Komuniti OSS Malaysia
http://www.mscoscon.my/

Acara ini disokong oleh OSCC MAMPU
http://knowledge.oscc.org.my/events/msc-malaysia-open-source-conference-2009

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

MSC Malaysia Open Source Group
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

Lamp2win
http://www.lamp2win.com/

--- 

OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to:
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to:
    http://www.oscc.org.my

*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce

OSCC MAMPU Facebook.

http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916

Cari wakil booth pada 2 dan 3 hb nih (joomla-my.org)

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 24-05-2009

Salam, aku nak cari wakil untuk 2 dan 3 hb ni kat mscosconf nih.
Aku akan berada disana untuk 31 dan 1 hb, 2hari gak. So perlu orang untuk baki 2hari lagi.

Ini adalah peluang keemasan untuk anda berkenalan dengan orang-orang sumber terbuka dan mungkin juga menambah networking/rangkaian anda. Wakil seramai 2 atau 3 orang diperlukan untuk setiap hari.
Aku tak dapat hadir selama baki 2 hari tu sebab ada urusan nak pindah umah sewa lain masa cuti nih.

Kepada yang nak membantu, tulis nama anda kat sini.
Saya harap sangat ada orang lain dapat membantu mengembangkan lagi komuniti kita nih. semoga semangat open source berada bersama anda. Anda bantu sumber terbuka bermaksud anda membantu diri anda sendiri dan orang lain

Ditulis oleh Shaiffulnizam Mohamad

Gantikan Perisian Winzip Anda Dengan 7-zip

0

Posted by FT17 | Posted in Archiving, Info, Perisian | Posted on 20-04-2009

Sebagai pengenalan, perisian sumber terbuka yang yang perlu diberi perhatian adalah 7-zip. 7-zip dipaten di bawah lesen GPL. 7-zip secara umumnya boleh dikategorikan sebagai “file archiver”. Ia berfungsi untuk menyimpan seberapa banyak file ke dalam satu file dalam format 7z. Persoalan penting ialah mengapa anda perlu bertukar kepada 7-zip? Apakah kelebihan 7-zip berbanding yang lain?

Read the rest of this entry »