Oss KJKM » Open Source Software

Kenali Distro Linux
Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya “Linux” sahaja.

Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS – Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil “distribution” atau “distro” Linux.

Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.

Dokumentasi ini merupakan panduan yang ringkas tentang distro-distro yang boleh dipilih utk. memasang Linux.

1. Redhat

Redhat merupakan distro yang paling popular dan boleh dikatakan sinonim dengan “Linux”. Ia merupakan antara distro awal yang memuatkan ciri-ciri installer mesra-pengguna. Redhat menyediakan koleksi perisian yang mantap dan terkini. Untuk perisian seperti pengkompil gcc, Redhat merupakan distro yang akan menyediakan versi yang terbaru dgn features yang terbaru. Pengurusan pakejnya ialah rpm, dan konfigurasi sistem dilakukan dengan tools mesra-pengguna yang disediakan oleh Redhat. Ini menjadikan Redhat distro yang bagus untuk desktop dan server.

2. Mandrake

Mandrake merupakan distro yag berasaskan rpm juga, dan ia mirip kpd Redhat dari segi konfigurasi sistem. Fokus Mandrake ialah “mesra pengguna” dan ‘terkini”, dan distro ini adalah untuk desktop. Ia kurang sesuai dijadikan server kerana kestabilannya tidak berapa mantap, kerana terdapa perisian-perisian dalam distro ini yang belum cukup stabil untuk dilaksanakan 24/7. Walau bagaimanapun, ia sesuai digunakan untuk “newbies” yang baru nak berjinak-jinak dengan Linux kerana ia ramah pengguna.

3. Debian

Debian merupakan distro yang digemari pengaturcara dan sysadmin yang menggunakan perisian “Free”, kerana ia dibina atas usaha sukarelawan sepenuhnya. Ia menggunakan pengurus pakej “apt” yang sangat mudah digunakan, tetapi pemasangan untuk kali pertama mungkin agak rumit bagi “newbies”. Debian menyediakan pakej yang stabil dan juga yang baru, dan pakej untuk Debian mudah didapati.

4. SuSE

SuSE merupakan distro yang juga rpm-based, dan berasal dari Jerman. Fokusnya ialah enterprise-computing, high-perfomance computing dan workstation. Jika anda membeli SuSE, anda akan mendapat dokumentasi yang sangat teliti dan lengkap. SuSE tidak menyediakan ISO, tetapi anda boleh memasangnya secara percuma menggunakan ftp. SuSE juga menyediakan persekitaran Linux untuk pemproses 64-bit baru yang berprestasi tinggi seperti ppc64, opteron dan itanium2.

5. Slackware

Slackware merupakan antara distro Linux yang terawal, dan merupakan distro yang tertua yang survive sampai hari ini. Pembangunan untuk distro ini agak perlahan, tetapi ia merupakan distro yang sangat stabil. Ia menggunakan pengurus pakej pkgtool yang ringkas dan mudah. Persekitarannya mirip kpd. BSD dan bukannya Sys V seperti Redhat atau Mandrake. Pengurusan sistem dilakukan secara “tradisional” iaitu mengedit fail konfigurasi menggunakan penunting teks. Ia sesuai untuk orang yang sudah biasa dgn sistem Unix lain, ataupun “newbies” yang ingin mempelajari Linux dengan mendalam.

6. Gentoo

Gentoo merupakan distro yang membolehkan anda configure dan customize dan optimize Linux anda semaksima yang mungkin, kerana ia memasang perisian dengan menggunakan cara kompilasi kod sumber. Ia tidak sukar seperti LFS, tetapi memakan masa yang agak lama untuk membuat semua kompilasi. Ia menggunakan sistem “portage” yang mirip kpd “ports” FreeBSD untuk menguruskan pakej.

7. Knoppix

Knoppix merupakan “Live CD” Linux yang boleh dilaksanakan terus daripada CDROM tanpa perlu dipasang. Ia sangat mudah digunakan kerana tidak perlu kpd pemasangan, tetapi ia juga boleh dipasang. Ia berasaskan Debian, dan menggunakan pengurus pakej apt.

Demikianlah senarai distro-distro yang popular pada masa kini. Terdapat ratusan lagi distro lain yang anda boleh lihat sendiri di http://www.distrowatch.com . Panduan ini  hanyalah pengenalan kpd distro-distro yang popular sahaja.

1) Redhat – http://www.redhat.com (free ISO download utk standard edition)

2) Mandrake – http://www.linux-mandrake.com/ (free ISO download utk standard edition)

3) Debian – http://www.debian.org (free ISO download utk mana-mana supported arch)

4) SuSE – http://www.suse.com (free ftp install for standard version, no ISO)

5) Slackware – http://www.slackware.com (free ISO download utk cd pertama)

6) Gentoo – http://www.gentoo.org (free ISO download utk mana-mana supported arch)

7) Knoppix –  http://www.knoppix.net/ (free ISO download)

-= Obi-Wan =- ( http://www.ittutor.net

Creative Commons – “Open Source” Untuk Penggiat Bidang Kreatif
Pada ketika ini, sudah pasti ramai di antara kita yang biasa mendengar istilah “open source”. Ada yang faham apakah yang dimaksudkan dengan “open source” dan mungkin juga ada yang setakat pernah terdengar sahaja.

Secara umumnya “open source” adalah satu inisiatif di dalam bidang pembangunan perisian (software development) di mana hakcipta kod sumbernya diletakkan di bawah perlesenan perisian yang memenuhi “Open Source Definition” atau pun di letakkan di dalam “public domain“.

Open source is an approach to design, development, and distribution offering practical accessibility to a product’s source (goods and knowledge)

Public domain – The term indicates that these materials are therefore “public property”, and available for anyone to use for any purpose

Sumber: Wikipedia.com

Kod atau perisian yang “open source” secara dasarnya memberi kebenaran kepada orang lain untuk menggunakannya, mengubahsuai dan menaiktarafkan perisian tersebut secara terbuka dan seringkali percuma. Biasanya, kod atau perisian tersebut akan tertakluk kepada GPL – GNU Public License.

The GNU General Public License (GNU GPL or simply GPL) is a widely used free software license, originally written by Richard Stallman for the GNU project.

Sumber: Wikipedia.com

Walau bagaimana pun, lesen “open source” adalah untuk bidang pembangunan perisian. Timbul pula persoalan sama ada wujud atau tidak perkara yang sama di dalam dunia kreatif seperti grafik, muzik, penulisan, puisi dan sebagainya. Selama ini, kita mungkin hanya pernah mendengar tentang hakcipta (copyright – all rights reserved), trademark, dan harta intelek (intelectual property). Biasanya terma hakcipta ini dibangkitkan di dalam isu “cetak rompak” atau “ciplak”.

Apabila seseorang telah memohon hakcipta ke atas sesuatu hasil kerjanya, dia akan memiliki keseluruhan hak ke atas hasil kerjanya itu. Ini bermakna pihak lain tidak mempunyai hak untuk menerbitkan semula, menyalin, mengedar dan sebagainya bagi hasil kerja tersebut. Itu yang dimaksudkan dengan “all rights reserved”. “Seseorang” tadi mungkin boleh digantikan dengan sesebuah syarikat yang memohon hakcipta dan akhirnya memegang hak penuh.

Perkara ini bagus untuk memelihara hasil kerja daripada di’curi’ oleh orang lain. Tetapi, ianya juga mungkin menyulitkan bagi sesetengah pihak yang lain. Sebagai contoh, seorang penyanyi yang bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman dan menyanyikan lagu serta lirik yang dimiliki penuh oleh syarikat tersebut. Penyanyi tersebut tidak boleh, secara perundangan, untuk menyanyikan lagu tersebut di hadapan orang ramai tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada syarikat rakamannya. Hakikatnya, lagu tersebut bukan milik beliau dan beliau tiada hak ke atas lagu tersebut.

Atas kesedaran ini, Creative Commons (CC) telah diasaskan di dalam tahun 2001 oleh sekumpulan yang dianggotai oleh pakar perundangan dan harta intelek Michael Carroll, Molly Shaffer Van Houweling, dan Lawrence Lessig, profesor komputer sains MIT Hal Abelson, peguam-pembikin filem dokumentari-pakar perundangan siber Eric Saltzman, pembikin filem dokumentari terkenal Davis Guggenheim, usahawan Jepun Joi Ito, dan pendidik serta jurnalis Esther Wojcicki.

Laman Web Rasmi CC:

http://www.creativecommons.org

“Some Rights Reserved”

CC menyediakan alat percuma yang memudahkan penulis, saintis, artis, dan pendidik meletakkan satu ‘tanda’ ke atas hasil kerja kreatif mereka. Mereka boleh menggunakan CC untuk menukarkan terma hakcipta daripada “All Rights Reserved’ kepada “Some Rights Reserved”.

We’re a nonprofit organization. Everything we do — including the software we create — is free.

Creative Commons

Secara ringkasnya, CC membolehkan hasil kerja kreatif anda digunakan oleh orang lain dan mereka boleh mengubahsuai dan menaiktarafkan hasil kerja anda berdasarkan jenis CC yang anda tetapkan.

Syarat-syarat CC:

Pengiktirafan

Anda membenarkan orang lain untuk menyalin, mengedar, mempamer, dan mempersembahkan hasil kerja milik anda – dan kerja yang terbit berdasarkan hasil kerja tersebut – tetapi hanya sekiranya mereka memberikan kredit seperti yang diminta oleh anda.Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).

Perkongsian Serupa

Anda membenarkan orang lain untuk mengedarkan kerja yang terbit daripada hasil kerja anda hanya sekiranya ia juga diletakkan di bawah lesen yang sama dengan lesen yang diletakkan untuk hasil kerja anda.Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini.

Bukan Komersil

Anda membenarkan orang lain menyalin, mengedar, mempamerm dan mempersembahkan hasil kerja anda – dan kerja yang terbut daripada hasil kerja tersebut – tetapi hanya untuk tujuan non-komersil.Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Bukan Karya Terbitan

Anda membenarkan orang lain menyalin, mengedar, mempamer dan mempersembahkan hasil kerja anda sebagaimana yang asal, bukan kerja yang terbit daripada hasil kerja tersebut.Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

Jenis-jenis CC:

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Perkongsian Serupa.  		 		Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan Karya Terbitan.  		 		Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan komersial.  		 		Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).Bukan komersial.  		 		Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Perkongsian Serupa.  		 		Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini

Pengiktirafan.  		Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).Bukan komersial.  		 		Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial. Bukan Karya Terbitan.  		 		Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

Anda boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai CC dan faedah yang boleh kita dapati daripadanya di laman web CC. Terdapat juga penjelasan terma-terma di dalam Bahasa Malaysia.

Marilah kita mula berkongsi hasil kerja kita secara terbuka ala CC.

Terima kasih juga kepada saudara Muid Latif yang memberikan penjelasan ringkas dan padat kepada saya dan rakan-rakan di Creative Exploration: CC Workshop 2009, Plaza Sentral, Kuala Lumpur.

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin dan menciplak adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

OSS
Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya

Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya

Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama