Posted by FT17 | Posted in Info, Sistem Operasi | Posted on 21-04-2009
Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya “Linux” sahaja.
Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS – Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil “distribution” atau “distro” Linux.
Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.
Read the rest of this entry »
