Updated! Sistem Log Versi 1.2.0.100

2

Posted by putera | Posted in Perisian, Sekolah, Sistem Log (SisLog) | Posted on 16-06-2009

Update Versi 1.2.0.100 available. Download Sekarang! (Updater)

http://www.mediafire.com/?logd3yzzmzt (2.99 MB)

Official Link di OSS KJKM
http://oss.kjkm.org/muatturun/SisLogUpdate_1.2.0.100.rar
(2.99 MB)

Update yang telah dilakukan (Versi 1.2 build 100)
- [BANTUAN] Update fail bantuan.
- [LAPORAN] Format laporan yang baru, tambahan carta.
- [LAPORAN] Alert jika tiada rekod untuk disenaraikan.
- [BUGS] Betulkan FormatDateTime semasa rekod ke database (dd/mm/yyyy).
- [TRICKS] Untuk tutup sistem ini secara manual, tekan Ctrl + F12.
- [BUGS] Alert error pada permulaan Sistem Log running. Automatik tutup sistem.
- Membenarkan Nama diisi bagi 2 orang pengguna.
- Perkataan “Hit” Guna Komputer ditukarkan kepada “Press” Guna Komputer.
- Trax error rekod sekiranya terdapat sebarang sistem error.
* C:\Program Files\JTK Perak\SisLog\Trax (Semua log error boleh didapati disini).
- Buang autorun di registry dan set autorun di Startup Folder.
- Buang fail Laporan.xls

Jemputan PROGRAM SEHARI BERSAMA KJKM

0

Posted by FT17 | Posted in Jemputan | Posted on 10-06-2009



Sumbangan Dana RM10.00 perlu dibuat ke

[b]Akaun: 05080074308520
Bank: CIMB Berhad
Penama: Mohd Ibrahim bin Zainal Abidin
(Pengasas KJKM.org dan Presiden, Jawatankuasa Penaja, PJKM)[/b]

Borang Penyertaan boleh didapati disini http://www.ziddu.com/download/5127770/borangpenyertaan.PDF.html

Borang yang lengkap diisi perlu discan bersama slip cash deposit, kemudian emailkan kepada admin @ kjkm.org bagi pengesahan penyertaan

Sila bawa yg original mase pendaftaran nnt…

Kami mengalu-alukan kedatangan anda…. :D

Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)

4

Posted by FT17 | Posted in Perisian, Sekolah, Sistem Log (SisLog) | Posted on 29-05-2009

Ini adalah inisiatif diri teman sendiri untuk buat, tiada sesiapa pun yang suruh dan teman harap benda ni berguna untuk juruteknik sumer.
Program ini direka khas buat mereka yang bekerja di SEKOLAH

Pengenalan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)
Sistem ini membantu merekod log penggunaan setiap komputer yang disambungkan melalui rangkaian (network). Sistem ini juga menggantikan “BUKU LOG PENGGUNAAN KOMPUTER” yang berada di Makmal-makmal komputer, Pusat Akses dan ditempat lain yang mempunyai rangkaian komputer setempat (LAN) mahupun (WAN).

Kelebihan Sistem SisLog?

    - Dapat merekod log penggunaan komputer dengan lebih efisyen.
    - Dapat menganalisis data log secara professional.
    - Dapat menjana laporan harian, bulanan dan juga tahunan dengan lebih terperinci.
    - Dapat menjimatkan masa serta kos untuk membuat “BUKU LOG” yang berada di makmal komputer.
    - Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan budaya celik IT dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja seharian.

Platfom
Sistem ini ditulis diatas platfom Microsoft Windows, jadi hanya platfom Windows sahaja yang boleh gunapakai sistem ini. Kepada mereka yang menggunakan Mac OS, Linux, dan selain dari itu minta maafla yer. Mungkin akan datang akan ada versi platfom sedemikian pulak. Insyaallah..

Keperluan Minima Sistem

    - Microsoft Windows 98 ke atas.
    - Microsoft Office 2000 ke atas.
    - 64 MB RAM ke atas.

Terma & Syarat Penggunaan (MESTI BACA)
Penulis sistem ini tidak akan bertanggungjawab keatas kelalaian, kecelaruan, ketidaksiuman pengguna mengguna pakai, mahupun kesalahan diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menggunakan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog) ini.

Tidak dibenarkan memanipulasikan sistem ini, seperti membuat salinan, mengubahsuai, diulangterbit, muat turun bahan, muat naik beban, dipos, dipindahkan serta menjual sistem ini tanpa sebarang surat, tawaran atau pemberitahuan kepada penulis sistem ini.

Dengan memasang program SisLog ini, anda secara tidak langsung telah mempersetujui dan mengakui semua terma & syarat penggunaan sistem ini.

Kepada mereka yang ingin memberikan cadangan/kritikan/lain-lain lagi, silalah emailkan kepada penulis program SisLog ini di alamat email mr.putera @ gmail.com atau terus ke Yahoo! Messenger (YM) ID mr.putera

Bidang Kuasa
Memandangkan penulis ini berada di dalam Malaysia, perjanjian ini dipengaruhi dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya mahkamah bidang kuasa mendapati sebarang bahagian di dalam perjanjian kosong dan tidak boleh dikuatkuasa, yang selebihnya perlu di kuatkuasakan dan mahkamah patut menggunakan kekuasaannya untuk mengubahnya bagi tujuan memenuhi maksud asal perjanjian ini kepada kebenaran menyeluruh oleh undang-undang.

——————————————————
Versi Baru 1.2 available. Download Sekarang! (Installer)

http://oss.kjkm.org/muatturun/SisLogSetup_1.2.0.0.rar
http://www.mediafire.com/?ymgdykngcko (3.15 MB)
Update yang telah dilakukan (Versi 1.2 build 0)
- Semua bacaan maklumat dari Registry telah diubah ke setting.ini.
- Membolehkan setting kata laluan sendiri untuk reset setting.
- Interface yang lebih menarik dengan icon-icon di setiap butang.

——————————————————

Sekian, Harap Maklum.

Juruteknik Komputer, Perak.
Zulkifli Mh.D aka putera
Pembangun Sistem

Peneraju Komuniti Bersama
Gerbang Komuniti Juruteknik Komputer, Negeri Perak

(http://www.jtkpk.com)