Selamat datang ke Jaunty Jackalope!

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 24-04-2009

Hari yang ditunggu sudah tiba, benda yang ditunggu sudah tersedia untuk dimuatturun, ditempah dan digunakan secara sah dan percuma tanpa perlu membayar 1 sen pun. Selamat datang ke Jaunty Jackalope – kod nama kepada versi 9.04 sistem operasi Ubuntu.

Seperti mana sistem operasi lain seperti Microsoft Windows, Ubuntu 9.04 boleh dipasang ke dalam komputer samada desktop, laptop, netbook, atau juga server dan memperoleh kebaikan seperti mana berikut;

  • Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi
  • Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows
  • Puluhan ribu perisian percuma yang boleh dipasang dengan 1 klik
  • Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD
  • Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0
  • Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka
  • Ianya PERCUMA!

Jika anda tidak puas hati dengan prestasi Sistem Operasi Windows dalam komputer yang sedang anda gunakan, apa-kata anda mencuba ubuntu? Blog ini mempunyai segenap maklumat yang ingin anda tahu tentang cara-cara menggunakan Ubuntu.

Link:

http://melayubuntu.blogspot.com

Definisi GPL

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 10-04-2009

GPL adalah bermaksud General Public Licensed iaitu lesen untuk kegunaan umum dan FSF bermaksud Free Software Foundation iaitu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi mempromosi hak pengguna untuk mempelajari, menyalin, mengemaskini dan mengedarkan program komputer. Pertubuhan ini mempromosi juga pembangunan dan penggunaan perisian percuma, terutamanya bagi sistem operasi GNU melalui Projek GNU yang dipergunakan dengan meluas melalui variasi perisian tersebut iaitu variasi GNU/Linux.

Projek GNU Read the rest of this entry »