Perisian Sumber Terbuka
Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia

Open Source Software KJKM..

ReadMore

GIMP

0

Posted by FT17 | Posted in Imej Digital, Info | Posted on 15-04-2009

GIMP ialah singkatan kepada GNU Image Manipulation Program. Ia merupakan sejenis perisian sumber terbuka yang diedarkan secara percuma.  Ia dikatakan sebagai saingan terhadap perisian Adobe Photoshop. Ini adalah kerana kebolehan GIMP yang hampir menyamai Photoshop, seperti menyunting imej, membentuk gambar dan mengubahsuai foto.

GIMP amat mudah digunakan serta berkebolehan melaksanakan berbagai tugasan seperti yang dilaksanakan oleh Photoshop. Antaranya ialah mewarna jadi lebih mudah, menyunting dan menjadikan gambar foto yang lebih berkualiti,  sesuai ditukarkan dalam berbagai jenis format akhir (.jpg, .gif, .png, dll) serta berkeupayaan memproses imej yang banyak secara berkelompok.

Pembangunan GIMP dikatakan sangat pantas dan ektensif. Rekabentuknya memudahkan plug-ins dan fail-fail sambungan lain digabungkan. Read the rest of this entry »

OSS

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 10-04-2009

Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama

Definisi GPL

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 10-04-2009

GPL adalah bermaksud General Public Licensed iaitu lesen untuk kegunaan umum dan FSF bermaksud Free Software Foundation iaitu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi mempromosi hak pengguna untuk mempelajari, menyalin, mengemaskini dan mengedarkan program komputer. Pertubuhan ini mempromosi juga pembangunan dan penggunaan perisian percuma, terutamanya bagi sistem operasi GNU melalui Projek GNU yang dipergunakan dengan meluas melalui variasi perisian tersebut iaitu variasi GNU/Linux.

Projek GNU Read the rest of this entry »

Apa itu Linux

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 09-04-2009

LINUX adalah satu Operating System (Sistem Operasi) berasaskan UNIX yg dicipta untuk PC khususnya menggunakan processor INTEL, SPARC, Alpha dan boleh digunakan untuk server atau workstation. Dari satu CD installer (Redhat version 6.2 dan sebelumnya kerana mulai version 7.0 dah menggunakan 2 CD) kita boleh setup workstation atau server apa saja, mail, web, print, file, DNS, firewall dan macam2 lagi!

Sejarah LINUX

Segalanya bermula pada Ogos 1991, seorang pelajar dari Finland mengepos (email la!) pada comp.os.minix newsgroup yg berbunyi:

Hello everybody out there using minix -
I’m doing a (free)operating system (just a hobby,
won’t be big and professional like GNU)
for 386 (486) AT clones.

Dialah Linus Torvalds, dan dari hobinya tu la akhirnya jadi apa yg hari ni kita kenal sebagai LINUX. Ianya menggunakan standard POSIX dan dibangunkan bukan sahaja oleh Linus Torvalds, tetapi oleh beratus-ratus programmer seluruh dunia. Segala-galanyanya menjadi semakin besar dan menarik minat ramai programmer dari seluruh dunia. Read the rest of this entry »

Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 09-04-2009

Walaupun secara praktikalnya perisian bebas dan perisian sumber terbuka menggunakan lesen (yang percuma) yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan. Perisian bebas mestilah bersumber terbuka, namun sumber terbuka tidak semestinya bebas.

lihat en:Free software dan en:Open source

Definisi GNU

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 09-04-2009

GNU(“GNU’s Not Unix”) adalah sebuah sistem pengendalian perisian bebas.
Reka bentuknya seakan-akan dengan UNIX tetapi tidak mengandungi sebarang kod UNIX.
Sistem GNU yang digabungkan dengan Linux, sebuah inti pihak ketiga, merupakan sebuah sistem pengendalian yang paling banyak digunakan di dunia. Gabungan ini biasa digelarkan secara mudah sebagai “Linux” sahaja.
Projek GNU adalah suatu sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 1984 bagi membangunkan sistem operasi seakan sistem operasi Unix tetapi percuma dan apabila singkatan GPL digunakan ia secara tidak langsung adalah bermaksud GNU GPL. Sistem operasi GNU inilah bermulanya era konsep “Free Software”, perisian percuma dan “Open Source” atau sumber terbuka.
“Free Software” bukanlah secara langsung bermaksud percuma dalam ertikata barangan yang percuma ia adalah lebih menepati kepada kebebasan, iaitu :

  • Kebebasan untuk menggunakan program komputer, tanpa tujuan tertentu (Kebebasan 0).
  • Kebebasan untuk mempelajari bagaimana program komputer itu berfungsi dan menukarkan ia kepada keperluan pengguna (Kebebasan 1). Kebolehan untuk mengakses kod program adalah prasyarat bagi kebebasan ini.
  • Kebebasan mengedarkan salinan bagi membantu orang lain(Kebebasan 2).
  • Kebebasan untuk memperbaiki program tersebut dan menyebarkan semula kepada umum untuk faedah seluruh komuniti (Kebebasan 3). Kebolehan untuk mengakses kod program adalah prasyarat bagi kebebasan ini.

Apa itu Ubuntu?

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 04-04-2009

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau “Long Term Support” (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

UBUNTU – LINUX UNTUK INSAN BIASA