Kembalikan facebook chat bar pada firefox 3.5 ubuntu

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 18-09-2009

Ketika anda update firefox ubuntu anda ke firefox 3.5…terdapat satu masalah yang mungkin kecil namun melecehkan pagi pengemar facebook.Ini kerana jika sebelum ini chat bar pada tepi kanan pelayar firefox 3.5 anda hilang dan untuk membuka anda perlu klik dan membuka tetingkap baru pada firefox anda.Ini menyebabkan anda perlu melakukan banyak kerja untuk menggunakan ruangan chat pada firefox..Baiklah tanpa membuang masa,persoalannya bagaimanakah untuk mengembalikan facebook chat bar seperti sebelum ini?

Pertama sekali,Install plugin firefox ini(User Agent Switcher) pada pelayar firefox 3.5 anda
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/59
Klik pada “Add to Firefox”

Kemudian pergi ke Tools->Default User Agent->Edit User Agents

Klik pada New -> New User Agent

Screenshot-New-User-Agent-300x186
Tetingkap seperti gambar di atas akan keluar..

kemudian pada ruangan User Agent ,

Tukarkan code tersebut dengan kode ini,

Mozilla/5.0 (X11; U; Linux x86_64; en-US; rv:1.9.1.1) Gecko/20090716 Ubuntu/9.04 (jaunty) Firefox/3.5.1

Paparan dari Karmic Koala : Boot Demo

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 16-09-2009

Berikut merupakan beberapa paparan demo bagi skrin boot versi terbaru ubuntu karmic koala yang bakal muncul oktober ini.

Amacam? Memang menarik sekali dengan interface yang simple dan mudah difahami.

via : http://www.yquejue.com
sumber : https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Karmic/Boot/Demo

Artikel Diambil – http://melayubuntu.blogspot.com

Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Debian, Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 01-09-2009

Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu…pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source…namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut…dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa…diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda…anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda…

Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke “All Avaiable application

kemudian cari “wine” dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian masukkan command ini

sudo apt-get install cabextract

Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini

Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik “run”


Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik “OK”.Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba

Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!

1

Posted by E_peace6679 | Posted in Ubuntu | Posted on 13-07-2009


Bagi mereka yang ingin atau baru mencuba ubuntu ini,tentu anda mencari cara untuk menjadikan kelihatan menarik dan cantik…ada beberapa program yang anda boleh tambah pada sistem ubuntu anda untuk menjadikan ianya kelihatan menarik…antaranya,anda boleh menggunakan program compiz….Desktop ubuntu anda tentu akan kelihatan menarik dan semestinya menarik minat pengguna OS lain.Seperti yang kita tahu sistem operasi linux ini contohnya ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang percuma dan risiko untuk virus Windows yang kian menjadi-jadi ini tentu tidak dapat menjangkiti sistem operasi ini.Baiklah untuk memasang program Compiz ini adalah sangat mudah,ikuti langkah2 di bawah :

Pada os ubuntu anda pilih ;

Application > Add/Remove

kemudian satu tetingkap akan keluar,kemudian pada pilihan All kemudian,di bahagian show,pilih ” All Available applications“.Kemudian di ruangan search,taip “compiz”….kemudian tick ketiga-tiga pilihan yang keluar dari keputusan carian tadi.Dan apply,pastikan komputer anda bersambung dengan talian internet.

Apabila anda sudah siap install program ini,anda boleh mencubanya.

pilih System > Preferences > pilih ” CompizCompiz Setting Manager“.Kemudian anda boleh klik beberapa bahgian yang anda rasa perlu contoh Desktop cube,Rotate cube dan sebagainya….dan anda boleh cuba hasilnya….

Switch windows

Alt + Tab

Arrange and view all active windows on the current workspace/viewport

F12 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm (CompizConfig Settings mananger)

Arrange and view all active windows across all workspaces/viewports

F10 (toggle); select a window by clicking on it.OLD: use the scale plugin of ccsm

Arrange and view active windows of the same application

F11 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm

Slow motion effects & animations

Shift + F10

Switch to next workspace/viewport

Ctrl + Alt + Left/Right Arrow

Switch to next workspace/viewport and take the active window with you

Ctrl + Shift + Alt + Left/Right Arrow

Rotate desktop cube/prism with the mouse pointer

Ctrl + Alt + Left-click on the desktop and drag

Make active window translucent/opaque (built-in)

Alt + mouse wheel up/down

Make active window translucent/opaque (with the opacity plugin)

Ctrl + Shift + Scroll, or right-click the window’s title bar and select Opacity (seems to be absent in current compiz cvs.)

Saturate/desaturate active window

Control + mouse wheel up/down

Zoom in once

Super-key + right-click

Zoom in step-by-step

Super-key + mouse wheel up

Zoom out step-by-step

Super-key + mouse wheel down

Move window

Alt + left-click anywhere on the window’s body

Snap window to workspace edges and window borders

Hold down Shift while moving the window

Resize window

Alt + right-click anywhere on the window’s body

Water Effect

Ctrl + Super-key (I have to press the Ctrl key first) – (requires the ‘water’ plugin)

Rain

Shift + F9 (requires the ‘water’ plugin)

Manual pengguna Ubuntu dalam Bahasa Melayu

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Ubuntu | Posted on 04-06-2009

Mungkin anda semua pernah membaca e-majalah ubuntu satu ketika dulu dan pernah membuka blog tentang Ubuntu di dalam Bahasa Melayu http://melayubuntu.blogspot.com/ atau mana -mana blog ubuntu di dalam Bahasa Melayu yang lain. Kini Zulkifli Abdullan (pemilik blog melayubuntu) telah datang dengan manual yang ringkas tapi padat, beserta grafik dan penggunaan Bahasa Melayu yang mudah difahami bagi mereka yang baru (newbie) atau mereka yang ingin menjadikan manual ini sebagai rujukan dan mungkin penerangan kepada mereka-mereka yang pening dan menyampah terhadap serangan virus yang melumpuhkan rangkaian kita baru-baru ini (seperti **Worm_Downad.AD dan Downad.BH) dan ingin mencuba Linux yang mudah, ringan, menghampiri Sistem Operasi Microsoft Windows (pendapat saya) dan bebas daripada virus. Selamat membaca….

Rujukan : http://melayubuntu.blogspot.com/

p/s: Terima kasih pada zul.malc at gmail.com

Dapatkan e-book Ubuntu dalam Bahasa Melayu Disini

Manual Ubuntu

Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

0

Posted by putera | Posted in Ubuntu | Posted on 03-06-2009

Ubuntu

Ubuntu 9.04 Available, Dapatkan Sekarang!

Kepada rakan-rakan JTK sekalian yang ingin dapatkan CD secara PERCUMA ubuntu, anda boleh mendapatkannya di alamat web yang tertera dibawah.

https://shipit.ubuntu.com/
Dapatkan secara percuma cd Ubuntu, Edubuntu atau Kubuntu CD dari Canonical.
- Penghantaran biasanya mengambil masa 6-10 minggu.
- Gunakanlah CD yang diberi itu untuk memasang seberapa banyak PC yang anda inginkan.

Kepada mereka yang ingin memuat turun (download), sumer format fail adalah berformat .ISO (Burn ke CD)

Ubuntu Desktop Edition (Intel x86)
- http://ubuntu.pesat.net.id/releases/jaunty/ubuntu-9.04-desktop-i386.iso

Ubuntu Desktop Edition (AMD64)
- http://ubuntu.pesat.net.id/releases/jaunty/ubuntu-9.04-desktop-amd64.iso

Ubuntu Server Edition (Intel x86)
- http://ubuntu.pesat.net.id/releases/jaunty/ubuntu-9.04-server-i386.iso

Ubuntu Server Edition (AMD64)
- http://ubuntu.pesat.net.id/releases/jaunty/ubuntu-9.04-server-amd64.iso

Jurnalis Ubuntu,
- putera

Selamat datang ke Jaunty Jackalope!

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 24-04-2009

Hari yang ditunggu sudah tiba, benda yang ditunggu sudah tersedia untuk dimuatturun, ditempah dan digunakan secara sah dan percuma tanpa perlu membayar 1 sen pun. Selamat datang ke Jaunty Jackalope – kod nama kepada versi 9.04 sistem operasi Ubuntu.

Seperti mana sistem operasi lain seperti Microsoft Windows, Ubuntu 9.04 boleh dipasang ke dalam komputer samada desktop, laptop, netbook, atau juga server dan memperoleh kebaikan seperti mana berikut;

  • Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi
  • Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows
  • Puluhan ribu perisian percuma yang boleh dipasang dengan 1 klik
  • Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD
  • Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0
  • Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka
  • Ianya PERCUMA!

Jika anda tidak puas hati dengan prestasi Sistem Operasi Windows dalam komputer yang sedang anda gunakan, apa-kata anda mencuba ubuntu? Blog ini mempunyai segenap maklumat yang ingin anda tahu tentang cara-cara menggunakan Ubuntu.

Link:

http://melayubuntu.blogspot.com

Apa itu Ubuntu?

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 04-04-2009

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau “Long Term Support” (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

UBUNTU – LINUX UNTUK INSAN BIASA