GIMP
0
Posted by FT17 | Posted in Imej Digital, Info | Posted on 15-04-2009
GIMP ialah singkatan kepada GNU Image Manipulation Program. Ia merupakan sejenis perisian sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia dikatakan sebagai saingan terhadap perisian Adobe Photoshop. Ini adalah kerana kebolehan GIMP yang hampir menyamai Photoshop, seperti menyunting imej, membentuk gambar dan mengubahsuai foto.
GIMP amat mudah digunakan serta berkebolehan melaksanakan berbagai tugasan seperti yang dilaksanakan oleh Photoshop. Antaranya ialah mewarna jadi lebih mudah, menyunting dan menjadikan gambar foto yang lebih berkualiti, sesuai ditukarkan dalam berbagai jenis format akhir (.jpg, .gif, .png, dll) serta berkeupayaan memproses imej yang banyak secara berkelompok.
Pembangunan GIMP dikatakan sangat pantas dan ektensif. Rekabentuknya memudahkan plug-ins dan fail-fail sambungan lain digabungkan. Read the rest of this entry »
