Projek SQUID@SchoolNet V1

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Slackware | Posted on 23-09-2009

Assalamualaikum,

Disini aku nak mulakan satu projek yang dinamakan SQUID SchoolNet. Projek ini bertujuan untuk memupuk kesedaran FT17 tentang kelebihan SQUID server pendedahan awal tentang Linux/Unix. Disamping itu juga projek SQUID ini membolehkan talian SchoolNet digunakan secara optimum sekaligus meningkatkan lagi kelajuan talian SchoolNet.

Projek ini telah mempunyai perintis dimana Sekolah Panglima Adnan telah menjadi asas kayu ukuran terhadap projek SQUID ini. Projek ini dianjurkan kepada FT17 yang berani untuk membuat perubahan dan pembaharuan. Jemputan ini terbuka kepada semua FT17 yang ingin menyertai projek SQUID@SchoolNet ini dan kepada individu yang berani untuk format server di sekolah (jika diperlukan).

Sila daftarkan nama anda jika ingin menyertai projek SQUID@SchoolNet disini dengan menggunakan format seperti dibawah :

a. Nama :
b. Nama & Alamat Penuh Sekolah :
c. ID KJKM :
d. No Telefon Sekolah :

Maklumat lanjut mungkin diperlukan seperti No Telefon Bimbit, untuk memudahkan urusan, sila PM No Telefon Bimbit anda ke Inbox codemaster . Penyertaan adalah terhad dan hanya calon yang telah melepasi saringan akan dihubungi . Projek SQUID@SchoolNet adalah dibawah naungan Komuniti Jurukteknik Komputer Malaysia.

P/S : Tambahan Hardware 1 Set PC Lengkap mungkin diperlukan JIKA tiada alternatif lain. Jika anda mempunyai server yang tidak digunakan maka ia sesuai untuk projek SQUID@SchoolNet. Projek SQUID@SchoolNet setakat ini hanya terhad kepada SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja. Harap maklum.

Sekiranya ingin pertanyaan sila ke forum Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia (KJKM)

Kembalikan facebook chat bar pada firefox 3.5 ubuntu

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 18-09-2009

Ketika anda update firefox ubuntu anda ke firefox 3.5…terdapat satu masalah yang mungkin kecil namun melecehkan pagi pengemar facebook.Ini kerana jika sebelum ini chat bar pada tepi kanan pelayar firefox 3.5 anda hilang dan untuk membuka anda perlu klik dan membuka tetingkap baru pada firefox anda.Ini menyebabkan anda perlu melakukan banyak kerja untuk menggunakan ruangan chat pada firefox..Baiklah tanpa membuang masa,persoalannya bagaimanakah untuk mengembalikan facebook chat bar seperti sebelum ini?

Pertama sekali,Install plugin firefox ini(User Agent Switcher) pada pelayar firefox 3.5 anda
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/59
Klik pada “Add to Firefox”

Kemudian pergi ke Tools->Default User Agent->Edit User Agents

Klik pada New -> New User Agent

Screenshot-New-User-Agent-300x186
Tetingkap seperti gambar di atas akan keluar..

kemudian pada ruangan User Agent ,

Tukarkan code tersebut dengan kode ini,

Mozilla/5.0 (X11; U; Linux x86_64; en-US; rv:1.9.1.1) Gecko/20090716 Ubuntu/9.04 (jaunty) Firefox/3.5.1

Paparan dari Karmic Koala : Boot Demo

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 16-09-2009

Berikut merupakan beberapa paparan demo bagi skrin boot versi terbaru ubuntu karmic koala yang bakal muncul oktober ini.

Amacam? Memang menarik sekali dengan interface yang simple dan mudah difahami.

via : http://www.yquejue.com
sumber : https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Karmic/Boot/Demo

Artikel Diambil – http://melayubuntu.blogspot.com

Nama Juruteknik Komputer dalam Google Maps!

0

Posted by putera | Posted in Peta | Posted on 10-09-2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuma nak berkongsi pendapat dan memajukan lagi laman web komuniti jtk di Malaysia ini dengan lebih menarik..

Apakah anda semua tahu lokasi tempat kerja masing-masing? Bukan semua tahu tempat kerja masing-masing kan?
Oleh yang demikian, teman telah buat satu laman web blog dan disokong sepenuhnya oleh fungsi Google Maps untuk kita membolehkan meletak lokasi tempat kerja masing-masing di atas peta dunia. adakah ia menarik?

jadi untuk demo kali ini, teman menggunakan lokasi sebenar tempat kerja serta maklumat yang berguna untuk dilihat oleh semua rakan-rakan jtk.

http://jtk-maps.vndv.com/


Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

0

Posted by E_peace6679 | Posted in Debian, Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 01-09-2009

Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu…pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source…namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut…dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa…diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda…anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda…

Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke “All Avaiable application

kemudian cari “wine” dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian masukkan command ini

sudo apt-get install cabextract

Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini

Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik “run”


Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik “OK”.Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba