Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)

4

Posted by FT17 | Posted in Perisian, Sekolah, Sistem Log (SisLog) | Posted on 29-05-2009

Ini adalah inisiatif diri teman sendiri untuk buat, tiada sesiapa pun yang suruh dan teman harap benda ni berguna untuk juruteknik sumer.
Program ini direka khas buat mereka yang bekerja di SEKOLAH

Pengenalan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)
Sistem ini membantu merekod log penggunaan setiap komputer yang disambungkan melalui rangkaian (network). Sistem ini juga menggantikan “BUKU LOG PENGGUNAAN KOMPUTER” yang berada di Makmal-makmal komputer, Pusat Akses dan ditempat lain yang mempunyai rangkaian komputer setempat (LAN) mahupun (WAN).

Kelebihan Sistem SisLog?

    - Dapat merekod log penggunaan komputer dengan lebih efisyen.
    - Dapat menganalisis data log secara professional.
    - Dapat menjana laporan harian, bulanan dan juga tahunan dengan lebih terperinci.
    - Dapat menjimatkan masa serta kos untuk membuat “BUKU LOG” yang berada di makmal komputer.
    - Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan budaya celik IT dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja seharian.

Platfom
Sistem ini ditulis diatas platfom Microsoft Windows, jadi hanya platfom Windows sahaja yang boleh gunapakai sistem ini. Kepada mereka yang menggunakan Mac OS, Linux, dan selain dari itu minta maafla yer. Mungkin akan datang akan ada versi platfom sedemikian pulak. Insyaallah..

Keperluan Minima Sistem

    - Microsoft Windows 98 ke atas.
    - Microsoft Office 2000 ke atas.
    - 64 MB RAM ke atas.

Terma & Syarat Penggunaan (MESTI BACA)
Penulis sistem ini tidak akan bertanggungjawab keatas kelalaian, kecelaruan, ketidaksiuman pengguna mengguna pakai, mahupun kesalahan diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menggunakan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog) ini.

Tidak dibenarkan memanipulasikan sistem ini, seperti membuat salinan, mengubahsuai, diulangterbit, muat turun bahan, muat naik beban, dipos, dipindahkan serta menjual sistem ini tanpa sebarang surat, tawaran atau pemberitahuan kepada penulis sistem ini.

Dengan memasang program SisLog ini, anda secara tidak langsung telah mempersetujui dan mengakui semua terma & syarat penggunaan sistem ini.

Kepada mereka yang ingin memberikan cadangan/kritikan/lain-lain lagi, silalah emailkan kepada penulis program SisLog ini di alamat email mr.putera @ gmail.com atau terus ke Yahoo! Messenger (YM) ID mr.putera

Bidang Kuasa
Memandangkan penulis ini berada di dalam Malaysia, perjanjian ini dipengaruhi dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya mahkamah bidang kuasa mendapati sebarang bahagian di dalam perjanjian kosong dan tidak boleh dikuatkuasa, yang selebihnya perlu di kuatkuasakan dan mahkamah patut menggunakan kekuasaannya untuk mengubahnya bagi tujuan memenuhi maksud asal perjanjian ini kepada kebenaran menyeluruh oleh undang-undang.

——————————————————
Versi Baru 1.2 available. Download Sekarang! (Installer)

http://oss.kjkm.org/muatturun/SisLogSetup_1.2.0.0.rar
http://www.mediafire.com/?ymgdykngcko (3.15 MB)
Update yang telah dilakukan (Versi 1.2 build 0)
- Semua bacaan maklumat dari Registry telah diubah ke setting.ini.
- Membolehkan setting kata laluan sendiri untuk reset setting.
- Interface yang lebih menarik dengan icon-icon di setiap butang.

——————————————————

Sekian, Harap Maklum.

Juruteknik Komputer, Perak.
Zulkifli Mh.D aka putera
Pembangun Sistem

Peneraju Komuniti Bersama
Gerbang Komuniti Juruteknik Komputer, Negeri Perak

(http://www.jtkpk.com)

Comments (4)

terima kasih mr putera dan warga kjkm diatas usaha yg dilakukan..teruskan usaha anda..:)

sya nk tnya mengenai sistem nie lbh lnjut mcm mane ek?

Terima kasih diucapkan kpd sdr kerana SisLog amat membantu saya mengurus dgn baik sebagai Penyelaras ICT/Makmal Schoolnet di SMT Klang.
TAHNIAH di atas uaha ikhlas anda.

Cuma, sedikit masalah saya – SisLog dh install di server & klient tapi kadang2 bila Login – paparan sislog tiada kod dan nama sekolah (kosong) dan tak dapat connect k server…. harap tuan dapat bantu. TQ.

ape pasword data base tu…xtau la
caner nak delete data base tu

Write a comment