Moblin Memberi Nafas Baru Untuk Para Pengguna Netbook

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Sistem Operasi | Posted on 23-05-2009

Semalam, Beta kedua Moblin sudah pun dilepaskan, dan ianya kelihatan amat menarik sekali. Moblin, adalah salah satu disto Linux yang boot dengan pantas, selain menyediakan pengalaman penggunaan yang baik dan menarik. Distro khas untuk netbook ini kelihatan amat menarik dan membawakan pelbagai fungsi menarik untuk para pengguna.

Pelbagai perkara menarik dibawakan oleh sistem operasi Moblin ini. Sebagai contoh, pelayar web pada Moblin dibangunkan dengan kod sumber Mozilla, tetapi direkabentuk khas supaya kelihatan seperti Opera untuk fungsi tab baru. Moblin juga didatangkan dengan pemain media yang mana boleh digunakan untuk melayari gambar atau imej, mendengar lagu selain menonton video.

Menu juga amat menarik dan ringkas sekali. Menu diletakkan dibahagian atas, yang mana hanya akan timbul apabila para pengguna hover akan tetikus di bahagian atas. Pelbagai aplikasi yang diguna pakai dengan kerap diintegrasikan bersama ke dalam sistem operasi ini. Sebagai contoh, aplikasi IM dan aplikasi untuk kemaskini status Twitter telah pun diintegrasikan bersama, memudahkan anda melayari laman web selain mengikuti kehidupan sosial anda.

Moblin adalah salah satu sistem operasi yang mana ditujukan khas untuk para pengguna netbook, yang mana membawakan fungsi yang menarik, dan kepantasan yang menakjubkan. Ianya juga merupakan salah satu projek oleh Linux Foundation, selain mendapat sokongan daripada pelbagai entiti yang besar.

Penulisan dari : http://linuxmalaya.com

Write a comment