Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 18-04-2009
Debian 5.0 atau nama kod Lenny telah dikeluarkan selepas 22 bulan giat dibangunkan dan diuji. OS ini boleh dilaksanakan di komputer dari palmtop sehinggalah kepada supercomputer. Secara rasmi ianya menyokong senibina 12 prosesor-Sun SPARC, HP Alpha, Motorola, AMD64 dan Intel EM64T.
Keluaran ini turut memasukkan IceDove 2.0.0.19 untuk melayari internet; PostgreSQL 8.3.6, Linux Kernel versi 2.6.26, Apache 2.2.9, PHP 5.2.6 dan lebih dari 23,000 perisian sedia di guna.
Dengan penyatuan X.org 7.3 di dalamnya; X server akan membuat konfigurasi secara automatik dengan kebanyakan perkakasan. Selain daripada itu; debian juga menyokong sepenuhnya sistem fail sistem NTFS dan multimedia. Format Adobe Flash disokong melalui plugin swfdec atau Gnash. Prestasi penggunaan di komputer riba juga telah dipertingkatkan dengan versi ini menyokong CPU frequency scaling.
Untuk maklumat lanjut: sila layari www.debian.org.
