Creative Commons – “Open Source” Untuk Penggiat Bidang Kreatif

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 19-04-2009

Pada ketika ini, sudah pasti ramai di antara kita yang biasa mendengar istilah “open source”. Ada yang faham apakah yang dimaksudkan dengan “open source” dan mungkin juga ada yang setakat pernah terdengar sahaja.

Secara umumnya “open source” adalah satu inisiatif di dalam bidang pembangunan perisian (software development) di mana hakcipta kod sumbernya diletakkan di bawah perlesenan perisian yang memenuhi “Open Source Definition” atau pun di letakkan di dalam “public domain“.

Open source is an approach to design, development, and distribution offering practical accessibility to a product’s source (goods and knowledge)

Public domain – The term indicates that these materials are therefore “public property”, and available for anyone to use for any purpose
Sumber: Wikipedia.com

Kod atau perisian yang “open source” secara dasarnya memberi kebenaran kepada orang lain untuk menggunakannya, mengubahsuai dan menaiktarafkan perisian tersebut secara terbuka dan seringkali percuma. Biasanya, kod atau perisian tersebut akan tertakluk kepada GPL – GNU Public License.

The GNU General Public License (GNU GPL or simply GPL) is a widely used free software license, originally written by Richard Stallman for the GNU project.
Sumber: Wikipedia.com

Walau bagaimana pun, lesen “open source” adalah untuk bidang pembangunan perisian. Timbul pula persoalan sama ada wujud atau tidak perkara yang sama di dalam dunia kreatif seperti grafik, muzik, penulisan, puisi dan sebagainya. Selama ini, kita mungkin hanya pernah mendengar tentang hakcipta (copyright – all rights reserved), trademark, dan harta intelek (intelectual property). Biasanya terma hakcipta ini dibangkitkan di dalam isu “cetak rompak” atau “ciplak”.

Apabila seseorang telah memohon hakcipta ke atas sesuatu hasil kerjanya, dia akan memiliki keseluruhan hak ke atas hasil kerjanya itu. Ini bermakna pihak lain tidak mempunyai hak untuk menerbitkan semula, menyalin, mengedar dan sebagainya bagi hasil kerja tersebut. Itu yang dimaksudkan dengan “all rights reserved”. “Seseorang” tadi mungkin boleh digantikan dengan sesebuah syarikat yang memohon hakcipta dan akhirnya memegang hak penuh.

Perkara ini bagus untuk memelihara hasil kerja daripada di’curi’ oleh orang lain. Tetapi, ianya juga mungkin menyulitkan bagi sesetengah pihak yang lain. Sebagai contoh, seorang penyanyi yang bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman dan menyanyikan lagu serta lirik yang dimiliki penuh oleh syarikat tersebut. Penyanyi tersebut tidak boleh, secara perundangan, untuk menyanyikan lagu tersebut di hadapan orang ramai tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada syarikat rakamannya. Hakikatnya, lagu tersebut bukan milik beliau dan beliau tiada hak ke atas lagu tersebut.

cc1

Atas kesedaran ini, Creative Commons (CC) telah diasaskan di dalam tahun 2001 oleh sekumpulan yang dianggotai oleh pakar perundangan dan harta intelek Michael Carroll, Molly Shaffer Van Houweling, dan Lawrence Lessig, profesor komputer sains MIT Hal Abelson, peguam-pembikin filem dokumentari-pakar perundangan siber Eric Saltzman, pembikin filem dokumentari terkenal Davis Guggenheim, usahawan Jepun Joi Ito, dan pendidik serta jurnalis Esther Wojcicki.

Laman Web Rasmi CC:
http://www.creativecommons.org
“Some Rights Reserved”

CC menyediakan alat percuma yang memudahkan penulis, saintis, artis, dan pendidik meletakkan satu ‘tanda’ ke atas hasil kerja kreatif mereka. Mereka boleh menggunakan CC untuk menukarkan terma hakcipta daripada “All Rights Reserved’ kepada “Some Rights Reserved”.

We’re a nonprofit organization. Everything we do — including the software we create — is free.
Creative Commons

Secara ringkasnya, CC membolehkan hasil kerja kreatif anda digunakan oleh orang lain dan mereka boleh mengubahsuai dan menaiktarafkan hasil kerja anda berdasarkan jenis CC yang anda tetapkan.

Syarat-syarat CC:

  1. attrib Pengiktirafan
    Anda membenarkan orang lain untuk menyalin, mengedar, mempamer, dan mempersembahkan hasil kerja milik anda – dan kerja yang terbit berdasarkan hasil kerja tersebut – tetapi hanya sekiranya mereka memberikan kredit seperti yang diminta oleh anda.Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
  2. standardPerkongsian Serupa
    Anda membenarkan orang lain untuk mengedarkan kerja yang terbit daripada hasil kerja anda hanya sekiranya ia juga diletakkan di bawah lesen yang sama dengan lesen yang diletakkan untuk hasil kerja anda.Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini.
  3. noncommBukan Komersil
    Anda membenarkan orang lain menyalin, mengedar, mempamerm dan mempersembahkan hasil kerja anda – dan kerja yang terbut daripada hasil kerja tersebut – tetapi hanya untuk tujuan non-komersil.Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.
  4. nomodBukan Karya Terbitan
    Anda membenarkan orang lain menyalin, mengedar, mempamer dan mempersembahkan hasil kerja anda sebagaimana yang asal, bukan kerja yang terbit daripada hasil kerja tersebut.Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

Jenis-jenis CC:

  1. att_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
  2. att_sa_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Perkongsian Serupa. Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini
  3. att_noder_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan Karya Terbitan. Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.
  4. att_noncommercial_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut). Bukan komersial. Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.
  5. att_noncommercial_sa_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).Bukan komersial. Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

    Perkongsian Serupa. Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini

  6. att_noncommercial_noder_88x31
    Pengiktirafan. Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).Bukan komersial. Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial. Bukan Karya Terbitan. Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

Anda boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai CC dan faedah yang boleh kita dapati daripadanya di laman web CC. Terdapat juga penjelasan terma-terma di dalam Bahasa Malaysia.

Marilah kita mula berkongsi hasil kerja kita secara terbuka ala CC.

Terima kasih juga kepada saudara Muid Latif yang memberikan penjelasan ringkas dan padat kepada saya dan rakan-rakan di Creative Exploration: CC Workshop 2009, Plaza Sentral, Kuala Lumpur.


Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin dan menciplak adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Write a comment