Selamat datang ke Jaunty Jackalope!

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi, Ubuntu | Posted on 24-04-2009

Hari yang ditunggu sudah tiba, benda yang ditunggu sudah tersedia untuk dimuatturun, ditempah dan digunakan secara sah dan percuma tanpa perlu membayar 1 sen pun. Selamat datang ke Jaunty Jackalope – kod nama kepada versi 9.04 sistem operasi Ubuntu.

Seperti mana sistem operasi lain seperti Microsoft Windows, Ubuntu 9.04 boleh dipasang ke dalam komputer samada desktop, laptop, netbook, atau juga server dan memperoleh kebaikan seperti mana berikut;

  • Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi
  • Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows
  • Puluhan ribu perisian percuma yang boleh dipasang dengan 1 klik
  • Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD
  • Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0
  • Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka
  • Ianya PERCUMA!

Jika anda tidak puas hati dengan prestasi Sistem Operasi Windows dalam komputer yang sedang anda gunakan, apa-kata anda mencuba ubuntu? Blog ini mempunyai segenap maklumat yang ingin anda tahu tentang cara-cara menggunakan Ubuntu.

Link:

http://melayubuntu.blogspot.com

Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 24-04-2009

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.

“Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada,” kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.

Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.

Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.

Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.

Bertemakan “Open to Change”, persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.

“Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini,” katanya.

Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.

“Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang,” katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.

– BERNAMA

Link
Original in Malay
MSC Malaysia Open Source Conference 2009
Open Source MAMPU

Brazil Firewall untuk Streamyx

1

Posted by FT17 | Posted in Firewall | Posted on 23-04-2009

Untuk pengetahuan semua (pada yg belum tahu dan ingin mencuba) . Banyak software free yang boleh dijadikan sebagai firewall/router/server.Kat sini aku nak kongsi skit dengan semua beberapa software yang aku pernah guna sebagai router/firewall dan ianya FREE!

Base OS : Linux

Nama : Brazil Firewall (dahulu dikenali sebagai Coyote Linux)
Alamat Page : http://www.brazilfw.com.br
Klasifikasi : Firewall/Router/Dialer bagi PPPoE/PPPoA/ISDN/Dialup
Keperluan Minima :

A. 1 CPU (AMD/Intel) 486 Processor (zaman tok kadok punye pc)
B. EDORAM/SDRAM/DDRAM sekurang kurangnya 64MB
C. 2 NIC (PCI bukan PCI-E atau ISA) (Network Card jenis RealTek atau D-Link atau 3Com) Network Card jenis yg disebutkan nih insyallah Gerenti Support Driver nye kecuali kes kes tertentu . Sebagai rule thumb, amik Network Card yang keluaran tahun 2002 atau 2004 dan kebelakang.Ini utk mengelakkan dari OS Linux ni tak support/detect

D.1 Floppy drive (yg masih berfungsi baik)
E.Keyboard
F.Monitor (Optional)
G. Motherboard yang masih berfungsi baik serta power supply.
Voila! siap ..
Benda benda yang tidak disebutkan seperti mouse,hard disk , cdrom,usb tuh semua TIDAK DIPERLUKAN SAMA SEKALI.Itu keperluan MINIMA sahaja, klu nak runkan guna P3 atau P4 pun boleh takder masalah . kalau takde PC baru, guna pakai je PC second hand. Read the rest of this entry »

PhotoRec & TestDisk – File and Data Recovery Software

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 22-04-2009

PhotoRec dan TestDisk adalah dua perisian yang boleh digunakan untuk mengembalikan semula data yang telah terpadam atau hilang contohnya akibat gangguan eletrik terhadap sistem komputer.  Kedua-duanya diedarkan di bawah GNU Public License yang membenarkan penyalinan semula dan pengedaran.  Pengguna yang berminat untuk menggunakan perisian ini bolehlah muat turun dari http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec dan http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk.

A.   PhotoRec, Digital Picture and File Recovery

PhotoRec is file data recovery software designed to recover lost files including video, documents and archives from Hard Disks and CDRom and lost pictures (thus, its ‘Photo Recovery’ name) from digital camera memory. PhotoRec ignores the filesystem and goes after the underlying data, so it will still work even if your media’s filesystem has been severely damaged or re-formatted.

PhotoRec is free, this open source multi-platform application is distributed under GNU Public License. PhotoRec is a companion program to TestDisk, an app for recovering lost partitions on a wide variety of filesystems and making non-bootable disks bootable again. You can download them from this link.

For more safety, PhotoRec uses read-only access to handle the drive or memory support you are about to recover lost data from. Important: As soon as a pic or file is accidentally deleted, or you discover any missing, do NOT save any more pics or files to that memory device or hard disk drive; otherwise you may overwrite your lost data. This means that even using PhotoRec, you must not choose to write the recovered files to the same partition they were stored on.

Operating systems

PhotoRec runs under:

* DOS/Win9x
* Windows NT 4/2000/XP/2003/Vista
* Linux
* FreeBSD, NetBSD, OpenBSD
* Sun Solaris
* Mac OS X

and can be compiled on almost every Unix system. Read the rest of this entry »

Kenali Distro Linux

0

Posted by FT17 | Posted in Info, Sistem Operasi | Posted on 21-04-2009

Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya “Linux” sahaja.

Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS – Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil “distribution” atau “distro” Linux.

Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.
Read the rest of this entry »

Gantikan Perisian Winzip Anda Dengan 7-zip

0

Posted by FT17 | Posted in Archiving, Info, Perisian | Posted on 20-04-2009

Sebagai pengenalan, perisian sumber terbuka yang yang perlu diberi perhatian adalah 7-zip. 7-zip dipaten di bawah lesen GPL. 7-zip secara umumnya boleh dikategorikan sebagai “file archiver”. Ia berfungsi untuk menyimpan seberapa banyak file ke dalam satu file dalam format 7z. Persoalan penting ialah mengapa anda perlu bertukar kepada 7-zip? Apakah kelebihan 7-zip berbanding yang lain?

Read the rest of this entry »

Creative Commons – “Open Source” Untuk Penggiat Bidang Kreatif

0

Posted by FT17 | Posted in Info | Posted on 19-04-2009

Pada ketika ini, sudah pasti ramai di antara kita yang biasa mendengar istilah “open source”. Ada yang faham apakah yang dimaksudkan dengan “open source” dan mungkin juga ada yang setakat pernah terdengar sahaja.

Secara umumnya “open source” adalah satu inisiatif di dalam bidang pembangunan perisian (software development) di mana hakcipta kod sumbernya diletakkan di bawah perlesenan perisian yang memenuhi “Open Source Definition” atau pun di letakkan di dalam “public domain“.

Read the rest of this entry »

Debian 5 telah dilancarkan

0

Posted by FT17 | Posted in Sistem Operasi | Posted on 18-04-2009

Debian 5.0 atau nama kod Lenny telah dikeluarkan selepas 22 bulan giat dibangunkan dan diuji.  OS ini boleh dilaksanakan di komputer dari palmtop sehinggalah kepada supercomputer.  Secara rasmi ianya menyokong senibina 12 prosesor-Sun SPARC, HP Alpha, Motorola, AMD64 dan Intel EM64T.

Keluaran ini turut memasukkan IceDove 2.0.0.19 untuk melayari internet; PostgreSQL 8.3.6, Linux Kernel versi 2.6.26, Apache 2.2.9, PHP 5.2.6 dan lebih dari 23,000 perisian sedia di guna.

Dengan penyatuan X.org 7.3 di dalamnya; X server akan membuat konfigurasi secara automatik dengan kebanyakan perkakasan.  Selain daripada itu; debian juga menyokong sepenuhnya sistem fail sistem NTFS dan multimedia.  Format Adobe Flash disokong melalui plugin swfdec atau Gnash.  Prestasi penggunaan di komputer riba juga telah dipertingkatkan dengan versi ini menyokong CPU frequency scaling.

Untuk maklumat lanjut: sila layari www.debian.org.

Sejarah Debian

0

Posted by FT17 | Posted in Debian, Info, Sistem Operasi | Posted on 17-04-2009

Debian adalah sebuah projek yang merupakan kolaborasi antara sukarelawan seluruh dunia, untuk menghasilkan distro sistem operasi yang secara keseluruhan tersusun atas komponen software bebas (free software). Hasil dari projek ini adalah distro Debian GNU/Linux, yang termasuk didalamnya kernel sistem operasi Linux, dan ribuan pakej aplikasi.
Debian adalah sistem operasi pelbagaiguna (multipurpose)  yang dapat digunakan sebagai desktop maupun server, Debian mendukung banyak arkiteker diantaranya; Intel i386 dan versi diatasnya, Alfa, ARM, Intel IA-64, Motorola 68k, MIPS, PA-RISC, PowerPC, Sparc (dan UltraSparc), IBM S/390 dan Hitachi SuperH.
Projek Debian secara rasmi di dirikan oleh Ian Murdock pada 16 Ogos 1993. Debian adalah satu-satunya distro sumber terbuka bagi setiap mengembangkan dan memakai untuk turut berkontribusi dalam pengembangan, dan ini bererti bahwa Debian adalah distro Linux yang tidak komersial. Read the rest of this entry »

GIMP

0

Posted by FT17 | Posted in Imej Digital, Info | Posted on 15-04-2009

GIMP ialah singkatan kepada GNU Image Manipulation Program. Ia merupakan sejenis perisian sumber terbuka yang diedarkan secara percuma.  Ia dikatakan sebagai saingan terhadap perisian Adobe Photoshop. Ini adalah kerana kebolehan GIMP yang hampir menyamai Photoshop, seperti menyunting imej, membentuk gambar dan mengubahsuai foto.

GIMP amat mudah digunakan serta berkebolehan melaksanakan berbagai tugasan seperti yang dilaksanakan oleh Photoshop. Antaranya ialah mewarna jadi lebih mudah, menyunting dan menjadikan gambar foto yang lebih berkualiti,  sesuai ditukarkan dalam berbagai jenis format akhir (.jpg, .gif, .png, dll) serta berkeupayaan memproses imej yang banyak secara berkelompok.

Pembangunan GIMP dikatakan sangat pantas dan ektensif. Rekabentuknya memudahkan plug-ins dan fail-fail sambungan lain digabungkan. Read the rest of this entry »